Anggota Bomba Di Lokasi Lihat Kejadian Pukul
Pokerpediaz - Dakwaan pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman yang menyatakan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim cedera akibat dilanggar jentera bomba hanya berdasarkan rakaman video yang tersebar.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Azmi Osman, berkata sebaliknya berkata lapan anggota yang berada di lokasi menyaksikan sendiri kejadian sebenar yang menyebabkan Muhammad Adib parah.
“Anggota kami yang berada di lokasi dan menyaksikan kejadian itu. Pihak yang mendakwa Adib dilanggar ketika jentera mengundur hanya melalui cakap-cakap dan rakaman video sahaja.
“Mereka tidak berada di lokasi. Anggota bomba yang dibulatkan di dalam gambar berkenaan bukannya. Adib, sebaliknya anggota berkenaan adalah Mohd Hazim Mohd Rahimi yang menaiki jentera FRT,” katanya ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Subang Jaya, di sini, malam ini.
Azmi tiba di IPD jam 9 malam bersama beberapa anggota dan pegawainya sebelum membuat laporan berhubung dakwaan pihak kuil.
Katanya, beliau sudah berjumpa dengan lapan anggota berkenaan dan mendengar sendiri penjelasan mereka.
“Saya mahu pihak polis menjalankan siasatan mereka dan tidak mahu mengulas lanjut mengenai insiden ini. Saya hadir ke IPD untuk membuat laporan polis menafikan dakwaan pihak kuil,” katanya.
Terdahulu, Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid menyifatkan dakwaan bahawa anggotanya, Muhammad Adib cedera akibat dilanggar jentera bomba adalah tidak berasas.
Ia susulan dakwaan Setiausaha Badan Bertindak Selamatkan Kuil Sri Maha Mariamman, V K Regu mendakwa Muhammad Adib cedera akibat kemalangan dirempuh jentera bomba yang mengundur dengan laju, bukan dipukul.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar